Larian Amal Hospital Assunta Raih RM88,000 Dana Untuk Sokong Bantuan Perubatan Menerusi ASSISS
Acara yang menawarkan kategori larian 5km dan 8km ini memberikan peluang kepada peserta dari pelbagai peringkat umur untuk beriadah sambil menyumbang kepada usaha kebajikan Hospital Assunta.
by Siti Murni
November 12, 2024
Larian Amal “Run with Assunta – Heal with Care 2024”, anjuran Hospital Assunta yang berlangsung di Laman MBPJ, Petaling Jaya pada 10 November lalu telah berjaya menarik kehadiran 1,000 peserta.
Objektif larian amal ini adalah untuk mengumpul dana bagi menyokong sayap kebajikan hospital ini iaitu Assunta Integrated Social Services (ASSISS).
Dengan sumbangan daripada komuniti setempat dan penaja, acara ini berjaya mengumpulkan RM88,000 untuk ASSISS dalam membiayai rawatan perubatan percuma bagi golongan fakir miskin.

Peserta Paling Berumur, 93 Tahun
Antara peserta yang meraih perhatian ramai ialah seorang peserta lelaki yang berusia 93 tahun, iaitu merupakan peserta tertua dalam acara ini. Beliau juga memberi inspirasi kepada para hadirin dengan membuktikan bahawa usia tidak menjadi penghalang untuk turut serta dalam aktiviti larian.
Upacara pelepasan kategori 5km dan 8km dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Fauzi bin Maarop, Timbalan Setiausaha Pengurusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), mewakili Datuk Bandar Petaling Jaya, bersama En. Christopher Chua, Pengerusi Lembaga Pengarah Hospital Assunta, En. Wilson Choo, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Assunta dan Sister Elizabeth Tan, Ahli Lembaga Pengarah Hospital Assunta yang juga merupakan mubaligh dari Franciscan Missionaries of Mary (FMM), bagi menghormati pertubuhan ini selaku pengasas yang menubuhkan Hospital Assunta, yang dahulunya dikenali sebagai Klinik Ave Maria pada tahun 1954.
Sistem Sokongan Bersepadu ASSISS:
- ASSISS Palliative Services – Menawarkan penjagaan akhir hayat yang komprehensif
- ASSISS Geriatric Enrichment Services – Menyokong warga emas yang terabai dengan program kesihatan yang menyeluruh
- ASSISS Wound Care Services – Menyediakan rawatan untuk luka akut dan kronik
- Assunta Mobile Clinic – Membawa bantuan perubatan ke kawasan terpencil dan luar bandar
- ASSISS Stroke Ancillary Programme – Membantu pemulihan strok dengan sokongan khusus
- Pastoral Care – Memberi sokongan rohani dan emosi
- Social Welfare Programme – Rawatan percuma untuk pesakit luar dan rawatan pesakit di wad
ASSISS menyediakan perkhidmatan kesihatan percuma kepada golongan kurang bernasib baik, terutamanya keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM2,500 dan ke bawah.
Objektif ASSISS adalah untuk memastikan tiada golongan rentan yang tercicir dalam mendapatkan rawatan perubatan disebabkan kekangan kewangan.
Memetik ucapan Wilson Choo Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Assunta, “Setiap sumbangan akan membantu ASSISS memperluaskan jangkauan perkhidmatannya, memberikan penjagaan penuh prihatin dan belas ihsan kepada mereka yang memerlukan.”
Acara ini turut dimeriahkan dengan reruai oleh ASSISS, Kolej Kejururawatan Assunta, dan Unit Saringan Kesihatan Assunta, di mana para peserta mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma dan mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif kesihatan ditawarkan.
Reruai penaja turut menyediakan pelbagai perkhidmatan, aktiviti dan produk untuk peserta. Larian amal ini diakhiri dengan sesi zumba aerobik, penyampaian penghargaan, penyerahan cek sumbangan dan cabutan bertuah.
Sebagai hospital bukan berteraskan keuntungan, Hospital Assunta menyalurkan 50% keuntungannya kepada ASSISS setiap tahun. Ini bermaksud apabila pesakit membayar bil hospital, sebahagian daripadanya akan digunakan untuk membiayai rawatan perubatan percuma bagi golongan fakir miskin.
Bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan kepada ASSISS, ia boleh dilakukan melalui laman sesawang Hospital Assunta di pautan www.assunta.com.my/about/assiss.

Setiap sumbangan yang diberikan akan dimanfaatkan untuk perkhidmatan kesihatan bagi golongan yang berada di bawah paras kemiskinan.